Terma dan Syarat Sewaan

Sila baca dan fahami polisi serta terma sewaan Afwaja Car Rental sebelum membuat tempahan.

Tempahan Dalam Talian (Online Booking)

  • Bagi tempahan dalam talian, pengesahan akan dihantar melalui emel dalam tempoh satu (1) jam.
  • Jika kenderaan tidak tersedia, bayaran akan dipulangkan sepenuhnya (full refund).

Caj Penghantaran & Pengambilan

Caj penghantaran dan pickup semula dikira berdasarkan jarak jalan sebenar dari Afwaja Car Rental Cyberjaya.

  • Ambil sendiri / pulang sendiri di Afwaja Car Rental Cyberjaya RM0
  • Penghantaran ke lokasi ambil (Pick-up Location) RM2/km
  • Pickup semula dari lokasi pulang (Return Location) RM2/km
  • Kiraan jarak Google Maps
  • Jumlah caj transport Dikira automatik

Deposit Keselamatan

  • Deposit keselamatan sebanyak RM100 hingga RM400 bagi setiap kenderaan akan dikenakan semasa pengambilan, bergantung kepada jenis kenderaan.
  • Deposit akan dipulangkan dalam tempoh 3 hingga 14 hari bekerja selepas kenderaan dipulangkan, tertakluk kepada keadaan kenderaan yang baik serta tiada saman atau denda.

Pemandu Tambahan, Had Umur & Lesen

Pemandu Tambahan

Pemandu tambahan dikenakan caj RM10 seorang sehari. Semua pemandu mesti didaftarkan semasa pengambilan. Syarikat berhak mengenakan penalti RM500 sekiranya kenderaan dipandu oleh individu yang tidak dibenarkan.

Had Umur & Lesen

  • Pemandu mestilah berumur antara 23 hingga 65 tahun.
  • Warganegara asing yang mempunyai lesen memandu sah dalam Bahasa Inggeris dibenarkan memandu di Malaysia maksimum selama 3 bulan.
  • Pemegang lesen percubaan (P) tidak dibenarkan.

Tempoh Sewaan, Lanjutan & Perbatuan

  • Tempoh minimum sewaan: Satu (1) hari (24 jam).
  • Caj lewat pulang / lanjutan: Caj setiap jam adalah 10% daripada kadar sewaan harian. Jika jumlah caj jam melebihi kadar harian, caj satu hari penuh akan dikenakan.
  • Polisi Had Perbatuan: Sewaan termasuk 300 km sehari. Lebihan jarak akan dikenakan caj RM1 bagi setiap km.

Pengambilan & Pengesahan Kenderaan

1. Penyewa Sah & Pengambilan Tanpa Kebenaran

Hanya individu yang membuat tempahan dan mengemukakan kad pengenalan/pasport serta lesen memandu yang sah dibenarkan mengambil kenderaan. Kenderaan tidak akan diserahkan kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis. Jika individu tidak dibenarkan cuba mengambil kenderaan, tempahan dibatalkan (tertakluk kepada caj).

2. Dokumen Diperlukan

Sila bawa salinan: Kad pengenalan / Pasport, Lesen memandu, dan Kad perniagaan atau bukti alamat.

3. Pemeriksaan Kenderaan

Penyewa mesti memeriksa kenderaan semasa pengambilan. Sebarang kerosakan mesti dilaporkan segera. Kerosakan yang tidak dilaporkan akan dianggap tanggungjawab penyewa.

Insurans, Lebihan (Excess) & Kemalangan

Semua kenderaan dilindungi insurans, namun penyewa bertanggungjawab ke atas lebihan (Excess):

Kadar Lebihan Maksimum

  • Kumpulan A: RM4,000
  • Kumpulan B: RM6,000
  • Kumpulan C: RM10,000
  • Kumpulan D: RM20,000

Kumpulan Kenderaan

  • A: Axia, Myvi, Bezza, Ativa
  • B: Yaris, City, Vios
  • C: Aruz, X50, HRV, Alza, Serena, Xpander, X70, CRV, Innova Zenix
  • D: Vellfire, Alphard, Staria, Starex

Pengecualian Insurans

Insurans tidak melindungi: Kecuaian/salah guna, tayar pancit/pecah, kesilapan isi minyak, kerosakan bateri akibat kecuaian, dan aksesori hilang/rosak. Kerosakan hanya dilindungi jika melibatkan perlanggaran dua kenderaan bergerak. Jika kenderaan rosak ketika parkir, penyewa bertanggungjawab sepenuhnya. Bahagian bawah, cermin dan bumbung tidak dilindungi.

Kemalangan & Yuran Pengurusan

Laporan polis mesti dibuat dalam masa 24 jam. Jika berlaku kemalangan, syarikat boleh mengenakan caj pengurusan (meliputi urusan insurans, komunikasi, kehilangan pendapatan) antara RM1,000 – RM5,000 bergantung kepada kenderaan. Jika tuntutan pihak ketiga gagal, kos ditanggung penyewa.

Terma Tambahan, Pemulangan & Pembatalan

Minyak

Kenderaan mesti dipulangkan dengan paras minyak sama. Caj sehingga RM300 dikenakan jika kurang.

Kebersihan

Jika terlalu kotor → caj RM300. Merokok / bawa haiwan → penalti RM500.

Saman & Tiket Trafik

Semua saman tanggungjawab penyewa. Lewat bayar → penalti RM300.

Had Laju

Lebuh raya: 110 km/j. Jalan biasa: 90 km/j.

Polisi Pembatalan

  • 24 jam sebelum: Full refund
  • Kurang 24 jam / No show: Tiada refund
  • Tukar tarikh: Tertakluk kepada kekosongan
  • Syarikat batal: Refund penuh atau reschedule

Pemulangan & Penamatan

Maklum sekurang-kurangnya 12 jam sebelum pulangkan kereta. Syarikat boleh tamatkan sewaan serta-merta jika berlaku salah guna. Deposit boleh hangus.

Kegunaan Jenayah

Jika digunakan untuk jenayah, penyewa bertanggungjawab penuh atas nilai kenderaan.

Tunggakan Bayaran

Jika terdapat bayaran tertunggak yang tidak dijelaskan, nama penyewa boleh disenarai hitam dalam sistem CTOS dan tindakan lanjut boleh diambil oleh syarikat.

Data Peribadi & Penafian

Data boleh dikongsi dengan agensi berkaitan untuk tujuan kutipan hutang. Dengan menyewa, penyewa bersetuju dengan semua terma dan syarat.